Sakit gigi! ramai
diantara kita akan mengeluh sekiranya sakit gigi kerana akan membuatkan diri
kurang gembira akibat sakit. Semua orang inginkan gigi yang bersih, putih dan
sihat. Di bawah saya kongsikan beberapa tips dan petua tradisional untuk
melegakan sakit gigi.
Gigi yang selalu dibersihkan dan penjagaan makanan dapat
megelakan Sakit gigi adalah gejala yang tidak asing lagi. Segala peringkat umur
mengalaminya. Lebih-lebih lagi pada yang hamil atau mengandung. Apabila
mengalami sakit gigi, segala kerja, perilaku akan terbantut.

Antara cara menghilangkan sakit gigi dan petuanya adalah:
1. Minyak gamat
Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.
2. Bawang putih

Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Insya-Allah, anda akan terasa kesannya.
3. Gigit bunga cengkih

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.
4. Kapur sirih

Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.
5. Lidah buaya

Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.
6. Kumur dengan air garam

Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.
7. Habbatus Sauda

Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.
8. Asam jawa

Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
9. Kumur garam campur air dan limau nipis
Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.
10. Daun serai

Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.
No comments:
Post a Comment